Naza N5 250cc - Boleh lari 190kmj. Ye ke?
Naza kini menawarkan sebuah lagi produk 250cc dengan harga kompetitif iaitu N5 bagi menguatkan penguasaan pasaran 250cc yang kini dipegang olehnya.Konsep rekabentuk N5 menjurus kepada motosikal kompak dan menitikberatkan pengurangan berat keseluruhan pada 130KG (berat kering). Konsep ini tidak jauh daripada KTM yang bersilinder tunggal. Bagi mana-mana motosikal yang berkapasiti 250cc dengan silinder tunggal, sudah pasti berat keseluruhan sesuatu mesin akan menjadi penentu kepada prestasinya. Lebih ringan, lebih power dan senang dikendalikan.
Saya akui bahawa saya agak skeptikal apabila melihat gambar motosikal ini di internet. Tetapi apabila melihatnya dengan mata kasar, barulah istilah cantik itu dapat dizahirkan. It looks much better in metal rather than in picture.
Terdapat berbagai inovasi pada motosikal ini yang jarang kita ketemui pada model saingannya. Mungkin ada tapi tidak dinyatakan pada brosur atau iklan. Saya akan terangkan berdasarkan gambar-gambar berikut:
Lampu belakang adalah LED dan mempunyai tayar berprofail lebih lebar dari saingan utamanya iaitu Kawasaki Z250 dan mungkin juga KTM200 (saya tak berapa pasti). Cahayanya amat terang dan tentunya memberikan lebih keselamatan ketika malam dan pada hari panas terik.
Ekor N5 adalah mudah ditanggalkan untuk mereka yang suka kepada "ekor setan" ini. Lekuk pada panelnya mungkin boleh disumbat dengan lampu signal "custom".
Brek belakang adalah sama dengan Blade 250R model terbaru dan N5 menggunakan cakera 230mm berkelopak dengan angkup satu omboh bertentangan (Blade 250R hanya sebelah yang mencengkam cakera). Justeru, penggunaan pad adalah lebih sekata dan lebih berkesan.
Swing-arm pula kelihatan seperti model KTM dan ianya ringan tetapi teguh. Ianya juga agak panjang tetapi mempunyai jarak roda yang pendek. Oleh itu, kelincahan pada selekoh-selekoh pendek dan panjang tidak menjadi masalah kepada N5.
Tempat pemijak kaki adalah antara ciri yang paling menarik pernah saya temui. Menggunakan "forged aluminium" dengan kedudukan bolehlaras mengikut kesesuaian pemiliknya. Ciri ini penting kepada penunggang dengan ketinggian dan tapak kaki yang berbeza-beza agar posisi yang paling ergonomik dapat ditemui.
Buka sahaja dua biji skru dan laraslah mengikut kehendak tuan/puan hahaha.
Harap rectifier N5 tidak buat hal seperti Blade 250R lagi.
Absorber belakang dari KYB dan boleh laras pada prabeban springnya. Travel is around 130mm.
Lupa pula hendak beritahu bahawa N5 mempunyai radiator. Jadi tidak sama dengan Blade 250R yang menggunakan "oil cooler".
The very first model 0001/14. Siapa yang empunya ni?
Tayar depan pula juga daripada MRF dengan profail 110/70 dan dengan satu cakera 300mm yang dicengkam oleh 2 omboh. Rim juga agak cantik pada pandangan saya tapi jika warna hitam, pasti lebih menarik dan tidak mudah kotor.
Tuil brek yang boleh dilaras tahap cengkaman juga sama seperti Blade 250R.
Adjustable footrest pada sebelah gear.
Hendal pula menggunakan paip aluminium dan diklip juga dengan aluminium "clamp" tetapi menggunakan pelapik Poly Urethane Elastomer agar getaran/gegaran dapat diserap sebaiknya.
Tangki sebesar 11 liter dan ianya daripada plastik agar menyumbang kepada faktor berat keseluruhan N5.. Mungkin ada yang skeptikal akan keselamatan tangki plastik ini seperti mudah pecah apabila jatuh dan lain-lain. Sudah pasti Hyosung telah menepati sesuatu standad antarabangsa berkenaan penggunaan tangki plastik ini. Teringat pula ketika Modenas Excite 130 dikeluarkan, ada yang risau akan keselamatan tangkinya yang terletak didepan.
Seat belakang agak tinggi berbanding seat penunggang.
Fork depan jenis terbalik (USD) adalah daripada KYB dan berukuran 37mm (Z250 jenis biasa dan bukan USD).
Enjin N5 adalah DOHC dengan 4 valve bersilinder tunggal. Mengeluarkan 28.4hp pada 8500 rpm dan dengan tork 26.1
Nm (2.56 kgf.m) @ 7000 RPM. Kekuatan enjin ini terletak pada kelajuan rendah ke sederhana. Saya tidak pasti bagaimana prestasinya tapi mengikut maklumat, N5 dapat mengikuti KTM390 dan mudah melepasi KTM200.
Salah satu ciri penting adalah salur pengeluaran minyak enjin yang terletak di tepi enjin dan bukannya di bawah enjin seperti kebanyakkan motosikal lain. Ini memudahkan dan mempercepatkan penyelenggaraan.
N5 mempunyai top speed 160kmj bagi rider dengan berat 80kg++ dan 190kmj untuk rider 60kg++. Tapi saya percaya, top speed banyak bergantung kepada keadaan jalan dan faktor persekitaran yang lain. Kadar penggunaan petrol adalah seperti *berikut:
NO
|
Kelajuan
|
Kapasiti Tangki =11LTR)
(RM
2.10 / LTR)
|
Jarak
|
1
|
80KM/H
|
1 LITER @ 37 KM
|
407 KM
|
2
|
100KM/H
|
1 LITER @ 31 KM
|
341 KM
|
3
|
120KM/H
|
1 LITER @ 26 KM
|
286 KM
|
4
|
140KM/H
|
1 LITER @ 21 KM
|
231 KM
|
*anggaran sahaja, saya perlukan sebuah N5 untuk test ride untuk pengukuran sebenar.
Meter adalah LCD sepenuhnya dan hamper seperti Honda CB500 Series. Mempunyai penunjuk gear, masa, suhu, odometer, tripmeter dan tachometer.
Adakah N5 berbaloi untuk dimiliki dengan harga 13 ribu++? Sama-sama kita nantikan jawapan daripada pemiliknya.
hi bro,
ReplyDeletebley bg advise and comparison between naza N5 ngan kawa z250?
saya newbie and baru nk berjinak dgn superbike ni & dalam perancangan nk beli sebijik.
bley bg advise x mcm mne cara terbaik utk beli selain dari guna loan aeon kredit?
ade kedai yg bley rekomen x?
bley sy dpatkan contact / emel utk mohon tunjuk ajar.
ching, shah alam
n5 jauh lagi better
DeleteSaya bukan penunggang moto besar, tp saya dah baca banyak spec.. pada saya, kalau ada duit maka beli la kawa z250 kerana dari segi kualiti dan performance dikatakan lebih mantap serta ia ade 2silinder (kalau kawa z250 bukan SL)... n5 juga mantap, dan seperti ternyata diatas ia bersilinder tunggal..
DeleteTengok budget anda dan apa keputusan yang dibuat, jangan nyesal...
Salam bro.
ReplyDeleteSaya baru dapat press release material last week. So, insyaallah malam ni saya post spec explaination utk n5.
Stay tuned ye.
Thanks.
agak agak bila bang dapat buat test ride dengan motor bike ni ?
ReplyDeleteNak tanya kejap, bang. motor naza ni maintenance mcm mana ye?
ReplyDeletekalau ada kerosakkan atau nak spare part, susah tak nak tunggu?
macam mana pulak dengan kedai motor? adakah boleh pegi mana2
kedai ataupun nak kena pergi naza servis centre kat shah alam?
saya ni duduk kat pj. tak tahu lah nak jaga motor ni mcm mana.
memang berminat n5 ni - ringan, torque cantik, ada gear indicator plak.
harga pon cantik. cuma takde kickstarter je. dan rim putih leceh sikit.
satu lagi warna limited. kalau ada biru kan elok?
selain itu dah kira elok sangat.
minggu depan in shaa allah dapat motor ni. beli kat tenaga motor. rm13988 cash. deal dengan si ah hong. nak amik z250 tapi 10k beza dengan n5, huuuu. yang penting cara kita naik motor dah.
ReplyDeletebro rusdudin, boleh share camane performance motor bro setakat ni?
Deleteboleh contact saya amira -0199258830
Deleteoffer naza n5 sekitar puchong.. cash rm9,999.00...promosi sehingga 2/2016 sahaja,.
mahal la 9999....
Deletekat senawang ade kedai jual 8.5k
Deletedekat showroom pj ada buat servis
ReplyDeletehi bro ahlek
ReplyDeletetop speed moto ni 146km/h itu pon kene tunduk kalau x dpat 130km/h je... sedih... padahal berat saye baru 54kg
tp tork mmg Wow 1-100 kurang dari 7 saat...
ade tip x nak lajukan dapat 160km/h pon dah bersyukur sangat dah...
salam..bro fendi...nak tnye... okay x moto ni...igt nak angkat 1 b4 raya ni...siyes duk mimpi aje.... tgi sgt x moto ni.???
Deletebro Fendi, maybe boleh buka limiter kot. RPM berapa yer masa di kelajuan 130kmh dan 146kmh tu?
DeleteTop speed sy dpt 179...tu pon dh abes limit...berat sy 68kg...mybe bley dpt 190 cuma kne trun kan saiz spoket je...dlu tk bleh dpt rase berat cuba test minyak itam motul 300v tk pon bellray easter...
DeleteMak ai...laju dpt 179.. ape tip...
DeleteDpt 155..tu pun payah
Boleh ke smpai 150
DeleteTayar sama je ngan ktm la..saiz yg sama brand yg sama.so mcm mn awak punya review kata lg lebar dr z250?..top speed 190kmh??..meter rosak la tu..blom jual lg meter da rosak??
ReplyDeleteerrr my donney pacak, sila tengok sendiri tayar belakang z250 standard berapa saiz? sila post semula lepas semak ye.
Deletetengok sekali profile dia berapa yer, adakah 140/70 brand roadwinner?
DeleteMohon pencerahan dri abam2 yg dh drive mto n5 ni.maintainan mcmna?enjin ok x?kalau guna utk ulang alik pu krja ok x?48km prgi dan 48km pulang.hari2 gasak 96kn total ok x.
ReplyDeleteMohon....mohon...mohon...pncerahan taiko2 sekalian..plzzz.
.
Ada baca di FB yang berulang lebih kurang jarak tu katanya okay. dia beli antara yang terawal.
Deletesaya da dpt satu n5.. da beli da. fb ape alamat nye...
DeleteOk x motor ni?
ReplyDeleteTak sure lagi bro sebab takde owner yang buat long termer report. Yang test ride dalam magazine atau surat khabar tu hanya first impression tester dan tak reflect entirely the good and bad of the bike.
Deletemungkin ada cut-off kot?
ReplyDeleteBetul ke footpegs tu boleh adjust?
ReplyDeleteBoleh bro kalau ikut maklumat yang saya dapat dari Naza.
DeleteSaya dash pakai n5 selama 2 bulan. Setakat no xda problem. Top speed test DLM 170 n member sy be rat DLM 60 kg test 180. Test ngan duke 200 gear 1 n 2 duke leading. Masuk jer gear 3 n5 dihadapan. Boleh direkemen BL.
ReplyDeletebetui tu bro..i setuju..pikap memeg best..xnafi..n top tu bole train lg ..skang bole 160km/j..tu pun x abis tarik lg..
Deletesy ijal dah pkai moto ni slma sebulan lebih dah..meter pn dah lebih 1200km berat sy 85 kg mase test speed meter sure boleh jejak 182..mngkin laju sy dah modific skit..sy tukar mufle Yoshimura and fork depan rendahkn pastu ekor blakang modific gak..tp enjin langsung tak cuit..bunyi mufle mmg gerun..moto owg smue pndang smpai tunduk2..nmpak mmg cool la..tak caye beli dlu and try buat ok..k ariooosss..
ReplyDeleteBro...motor ni sesuai x naik 2 org...Sbb wife keje dekat ngn ofis sy...kira 1 hala...Tp bila sy tgk gamba kt Google Mcm tggi plak org yg dum blkg dgn driver...seat bleh adjust Ker kasi rendah skit?
DeleteSaya rasa tak berapa sesuai kalau lihat daripada ketinggian seat belakang. Tapi macam yang selalu saya nasihatkan dalam post Buying A Bike? Few Things To Consider adalah elok bawa isteri ke kedai dan test sendiri positioning serta ergonomic motor tersebut. Contohnya Blade, Elegan dan er6n saya, my missus try dulu kesemuanya, then baru tahu sesuai atau tidak.
Deletebro, tumpang tny moto ni boleh rendah kan sikit x?ketinggian aku x seberapa. dah check z250 mmg boleh rendah kan sikit ke 3cm camtu. tp harga n5 byk ribu kurang dari z250. boleh bagi pandangan la bg yg baru nak ceburkan diri moto2 camni.
Deletesalam....agak2 berat mcm saya ni 110kg berapa top speed boleh spt?
ReplyDeleteada sapa2 boleh bg pinjam tak..
kalau kena sewa pun tak pa...
Kurang sikit saja mr zack.
Deleteterbaik la semua komen positif tentang n5
ReplyDeleteassalamualaikum dan salam sejahtera,
ReplyDeletesy bw z250 sbg kenderaan utk ulang alik keje (klang-ampang). total mileage dlm 80km lebih. biasa isi full tank dpt la 4-5 ari bekeje. paling laju bw 160kmh kat LEKAS (hati x berapa berani). berat dlm 80kg, tp sy rendah je org nya (160cm). skang ni mileage da cecah 27000km. 2x ride k Thailand, 1st sampai Pak Bara, 2nd pi Krabi dgn Phuket.
setakat ni yg sy mampu share utk saudara saudari buat p'bandingan.. apa2 selamat ride semua (^_^)v
Thanks bro jamaludin yahaya for the sharing. Z250 memang cantik dan power!
ReplyDeletenpe ek lampu f1 menyala mse tngh rider?....berat sy 85 someting sy,rider stiap hry ulang alik kje 140 kilo something...laju mnyak dlm 6-7 ringgit he...klaw nk ckp kelajuan setakat z50 tu mmbg sayur sngt la bg n5 ny...jujur...standrt n5 ny sedap maen ngn 390 ktm rc...tu bg n5 yg standrt la...klaw dh cuit spoket mmng top speed terbaik la untuk n5...tk rugi la...kwn bru pkai tk smpai sbln lg kilo meter 4k dh...tpkse kne stop kn kilo meter cbut sensor klaw tk bln dpn waranty dh abes sbb 10k km dh
ReplyDeleteBro gua on tau jgk tu..pasal apa bila mula start iinjin simbol F1 naik moto terus mati..masa run takat ni xda naik lg F1..risau jgk ..apa maksud F1 tu
Deletenpe ek lampu f1 menyala mse tngh rider?....berat sy 85 someting sy,rider stiap hry ulang alik kje 140 kilo something...laju mnyak dlm 6-7 ringgit he...klaw nk ckp kelajuan setakat z50 tu mmbg sayur sngt la bg n5 ny...jujur...standrt n5 ny sedap maen ngn 390 ktm rc...tu bg n5 yg standrt la...klaw dh cuit spoket mmng top speed terbaik la untuk n5...tk rugi la...kwn bru pkai tk smpai sbln lg kilo meter 4k dh...tpkse kne stop kn kilo meter cbut sensor klaw tk bln dpn waranty dh abes sbb 10k km dh
ReplyDeleteassalamualaikum..cuma nak tnya naza n5 ni lau pki hari2 ulang alik pj ok x? sbb nk pki untuk tempoh jngka pnjg..pastu nk tnya berkaitan servis minyak hitam cmne?? laju tu xkisah cuma nk smart je..sbb slma ni pki moto kapcai je..hehehe so sbln sekali tukar minyak hitam..bawa pun mybe dalam 110 je..
ReplyDeleteminta pnjelasan sikit please..
boss. sy newbies yg baru nk agkt motor ni. nak tanya pasal gear usage. boleh advise kesesuaian meter dan gear. tq in advance bosss sbb jawab soalan noob ni. huhu
ReplyDeleteTak berapa faham bro soalan tu. Boleh detailed sikit lagi hopefully. thanks.
Deletesalam bro.. n5 punye cut off bole buka x..n costing brp agaknye..?
ReplyDeleteSalam. Motor ni sesuai tak perempuan bawa? berat saya 58kg dan tinggi 153cm sahaja. boleh adjust lagi tak? dalam dilema nak pilih naza atau ninja kawa 250 SL. Harap dapat membantu. TQ
ReplyDeleteSaya fikir cik dah beli salah satu model ni. Kalau n5, perempuan saya fikir sesuai bawa motor ni dgn syarat rendahkan skit biar kedua-dua kaki dpt capai jalan. Kalau berani, gunakan sebelah kaki je.
DeleteBeza paling banyak adalah dari segi harga dan character enjin. Saya fikir n5 lagi ringan drpd SL. Jika faktor harga menjadi penentu, maka n5 adalah pilihan. Lain-lain faktor bagi saya adalah lebih kepada personal preferences.
Selamat menunggang sis.
Bro rectifier N5 so far any problems?
ReplyDeleteOil filter n5 bole guna brand motor ape ye?
ReplyDeleteKarisma.modenas
DeleteTry pakai oil filter viva
DeleteTry pakai oil filter viva
DeleteTry pakai oil filter viva
DeleteAda tanya Naza SC kat Shah Alam, bahagian spare part kata oil filter N5 boleh jugak guna Modenas Karisma atau Vespa LX150 oil filter. Tapi kalau ada Naza lebih elok guna NAZA...
DeleteNk ambik 1.. tgk counting ngn tauke.. insyaallah lg 2mnggu siap la
ReplyDeleteBerminat sgt n nak angkat satu lah
ReplyDeleteDah ambil ke +idayu khadari?
DeleteSaya baru amik.mileage dah almost 1k. cash 11.4k.tapi pagi tadi tiba2 lampu fi nyala then enjin mati.on balik,neutral ok,masuk gear 1 mati balik.lepak seminit.start balik baru ok dan boleh bawak kerja.kenapa jadi macam ni,ada siapa2 boleh bagitau?
ReplyDeleteMight be sensor aje tu Karl. Pls bring back to SC for checking.
DeleteNakbelimoto roger je rozai
ReplyDeleten5 rm8550 otr
n5 se rm9100 otr
0173034046
Bos,n5 se monstar pon 9100?
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteMiss Venessa tee.
DeleteKalau ada model baru moto yg boleh test ride, maklumkanlah saya. tq.
haip aik kedau kt kelang jual RM6800'.. cek mudah
ReplyDeletemingu depan n5 sye nak keluar... emmmmm x sabar nak test.. dgr stkat ni comen n5 semua positif x mcam naza blade.. huuu... allhamdulillah.. tercapai cita2 nak pkai moto besaq... alhamdulillah mujur ada naza..
ReplyDeleteNasib baik bukan "mujur ada pamoga" hu3. Gurau je bang Jamal.
DeleteCongratulations and hope you will enjoy your ride. Be safe ye bang.
Kenapa sekarang ada offer N5 sampai RM7,800 ? Betul ke ni. Atau naza sudah downgrade apa dlm engine N5? Siapa2 ada info pls share. Thanks
ReplyDelete7800 tu motor je, paling murah pernah dgr 8.5k area klang. Tp standrd hrga 9.2-9.8k
DeleteDepa jual murah sbb nak kuar n5 versi Fairing. Anyway, bagus utk buyer baru dan bad news a bit utk buyer lama.
DeleteMemang turun harga tapi stok lama kot.aku baru 2 bulan beli n5 putih yg baru tapi corak lama tapi geran 2015 rm11,400 otr.minggu lepas tanya kat bangi motor sama rm10,300.00
ReplyDeleteKch rm12800..aduhh
ReplyDeleteSabar sabar
Baru sambar n5 dalam 2 minggu.setakat ni tak de masalah dan berpuas hati.
ReplyDeletealhamdulillah. Congrats bro azizie nordin.
Deletesaya berhajat nak upgred dari cub ke 250..memandangkan byk komen2 positif tentang N5 ditambah lagi dgn harganya yg mampu milik maka rasa teringin juga nak sambar sebiji..pertanyaaan saya..bagaimana dgn sparepart n servis selepas jualan..adakah tidak bermasaalah?..saya area N9 n Melaka..
ReplyDeleteCuba rujuk grou FB Nfivers. They will know where to source.
DeleteAssalam , sy nak tnya better angkat N5 SE ke atau yg biasa je ? . sebab sy dah seminggu pikir2 ttg motor . Mintak pendapat bro ismadi . N5 Monstar atau biasa
ReplyDeleteWaalaikumusalam Amer Asyraf
DeleteMer, saya fikir elok ambil SE terus sbb dah ada ekzos bikin yg JPJ tak boleh kacau. Ekzos bising ada kelebihan nak nak lagi bila main dlm traffic jem. Kereta mudah tersedar bila kita nak lalu. So, safety skit lah berbanding ekzos standard.
Assalam sy dah keluar motor . Harini baru keluar . Sy nak tnya time sy baru pakai malam ni baru perasan ade bau getah hangit then bila flash ade Asap . Takkan piston masak kot . kalau piston masak takkan bau getah hangit . mintak pendapat abg is . And saya ade masalah motor mati2 . Bila adik tlg buat clutch pendek ke clutch panjang dia baru ok . Mintak pendapat ttg bau hangit tgn tu bang . Tq
DeleteMacam ada benda plastic yg make contact ni. Teknikal n5 saya tak mahir sgt Amer. Amer cuba join grup FB NFivers. Insyaallah, otai2 kat sana bersedia membantu. Motor mati2 tu maybe got to do with sensor at clutch/tongkat. elok sunat terus.
DeleteSparepart dia mahal x?
ReplyDeletelebih kurang harga macam yamaha fz150i model baru...
ReplyDeletekalu dari tgk spec...mmg n5 win..tapi reliability belum pasti..
Pusat alat ganti x semua ada...barang aftermarket , aksesori semua ni mesti susah nak dapat...
tapi...good buy..value for money...
Baru je ptg tadi n5 potong motor sy..mcm menarik..ingat nak cucuk angin last2 kena tinggal..sian LC kwn..huhuhu
ReplyDeleteBro is . N5vers tu dia closed group la bro . sy ni dah tak tau mana nak cari grouo dah
ReplyDeleteBro amer.boleh request join group tu.
DeleteAssalam....tumpang tanya..mcm mna sya nk join group N5vers tu kt fb sbb N5vers tu close group
ReplyDeleteMintak pendapat yee
Kena add fb admin group tu
DeleteOk bro..thanks
Deletepositive nya komen2 on N5 ni ek...tak sabar nak tgu isnin ni pi amik motor...kalau la sy ada di kl skarang ni petang ni jugak sy pi amik sy nyer N5...hehehee
ReplyDeleteHaha . jgn tak amik bro . Sy baru pakai 2 minggu . at first mmg ada bau hangit getah . Jgn pelik sbb kat ekszos dia ade macam fiber/getah2 baru so dia panas akan hangit . tapi takda apa nak dirisaukan . Kalau pelik kenapa kipas coolen tak pusing , dekat meter tu ade temperature . kalau 3 bar dia normal hot . Kalau bar dia naik 4 kipas tu akan auto pusing . And satu lgi nak share . kalau Motor selalu mati2 tgh jalan(kalau tgh slow dalam 10-20kmph) Adjust clutch bagi pangjang sikit . tu je saya share setakat ni .
DeleteSalam bro2 skalian...mcmna penggunaan N5 ni.dari segi maintenace? Speed? N keselesaan bleh bg review skit ✌️
ReplyDeleteSelamber je potong RR semalam kat highway . time jumpa dekat shell siap tunjuk good lagi . dua2 happy . Haha .
ReplyDeleteSalam, nak tanya,
ReplyDelete1. service motor ni di kedai biasa boleh ke? or ada specific tempat servis,
2. maintenance pula macam mana? ada critical parts yg mahal?
tgk review motor ni mmg sgt tempting. ada yg jual rim hitam x? putih mcm cepat kotor.
Salam, kedai apa yang paling murah utk beli N5 ni?
ReplyDeleteSaya cuma nak tau dari segi kos maintenance motor ni,agak² tinggi sangat tak ? Selain daripada roadtax yang memang cecah RM500
ReplyDeletesaya adalah pengguna rr150,dan bercadang nk ambik 250cc 4 stroke, dh malas nk laju2 sgt dan duduk menonggeng hehehe.. saya ada test moto kwn ninja 250sl yg single piston tu, pick up dia ngn tork mmg wowww... bagaimana dgn n5 nya performance? sbb tgk komen semua positif, hrga n5 pn murah betul skang.. cuma takut nk beli sparepart tkda atau lmbt je nnti.. minta kpd sesiapa yg dh lama pakai n5 boleh review panjang skit, atau pernah ke sesiapa owner n5 test dgn duke 200/250cc/ninja 250sl/cbr 250??
ReplyDeleteBoleh tak kalau nak beli superbike 251cc ke atas pakai lesen L B? Sebab nak buat lesen B kena la ada moto besar dulu utk belajar. Kalau nk pegi buat lesen terus tp xpndai bawak malu pulak. So, boleh ke beli moto siap dengan road tax dan insurans tp pakai lesen L kelas B je dan taknak register pakai nama orang lain (orang lain pun selalunya ada lesen B2 je). Atau boleh je register pakai lesen B2 atau D. Tp B2 pun aku takde :( ada lesen kete je.
ReplyDeleteSaye ade terbace, n5 senang leaking la, spoket staun skali abes la, gear 6 hilang la, enjin berasap la dan ade yg lain lg.. sya na tnye pd owner, btul ke smue ni? Sbb sya plan bulan depan sya nak bli 1 naza n5 ni.. mohon pencerahan.. :)
ReplyDeletekalau bawak laju memang spoket cepat abis, cuba cari titanium spoket bang, mileage motor maintain setaun jangan lebih 50km. untung untung tahan sampai 25 tahun
DeleteTop speed dpt 150 km/h...sedih btol..sape tau camner nk kasi laju lagi selain adjust cut off..
ReplyDeleteSy bru lpas riki2 hrga n5 kt kedai2 moto kt kapar klang...offer pn mmg cantek.try dduk kt sit pn rasa ok lg.cuma risau pasal maintanance je.sbb hrga beza sikit je dgn yamaha 15zr...dilema mana 1 nak angkat ni.hr2 perjalanan kerja 75km pergi balik dr puchong ke kl...
ReplyDeleteBang Aziz, bagi saya kalo abang nak motor yang ada raga, maka pilihlah y15zr. Tapi kalo raga tu tak menjadi keutamaan, ambiklah n5. Tak rugi sbb bagi saya maintainance lebih sikit aje (y15zr pon tayar blakang bukan murah) tapi kesedapan bawa moto yg besar skit ni mmg best. takkan sama macam kapcai. Trust me.
DeleteTu la,sblm ni pakai nimota ck9 byk pulak problemnye.risau lak bila nk mikirkan kualiti yg mampu ntuk ditampung jugak pasal kos maintanance yg sama cm sebelum ni.byk masalah moto sblm ni.rosak sana sini.insya allah klu ade rezeki dan bakal sahabat2 yg boleh beri tunjuk ajar...boleh la booked mggu depan.tq tuan ismadi...
ReplyDeleteassalamulaikum, ingat nak angkat satu, n 5 cuma nak tanya sesuai tak untuk wat berualang tiap tiap hari milage dalam 120 km pergi balik tampin- seremban. dari sudut penggunaan minyak, maintainance dan durability...
ReplyDeletewsalam.. so far ok dan puas ati, pakai ulang alik mileage lbih kurg 110km, dari sudut pengguna minyak.. dari start minyak blinking..isi dlm RM11-12..sampai blinking blk total mileage dlm 180-190km ++ speed dlm 110-130km
Deletebagaimana dengan service N5 nie.. minyak hitam.filter. dll....
ReplyDeletespare part dia leh dpt kat kedai moto lain tak..leh komen tak geng...
N5 Monster tu cam mantap Je
Service minyak hitam semua tak de masalah. Filter boleh pakai charisma punya.spare part Ada kedai specialist kat shah alam sec 15 @ terus ke Sc Kat area tu gak la. Minyak jimat. Saya ulang alik keje 100++km sehari rm6 je.maintain 110-120kmh.
ReplyDeleteAssalamualaikum admun saya bercadang nak angkat n5 se tapi saya byk dgr pasal gasking leeking coolant and enjin selalu mati ke apa erk,risau plak bila nak ambil n5 ni. Lagi satu nak tanya spotcake motor kedai mana2 boleh beli tak?sportcake dia sama mcm ktm duke 200? Masak lah
ReplyDeleteNak jika sporcake habis manjang nak turun shah alam sc. Saya area melaka.
Assalamualaikum admun saya bercadang nak angkat n5 se tapi saya byk dgr pasal gasking leeking coolant and enjin selalu mati ke apa erk,risau plak bila nak ambil n5 ni. Lagi satu nak tanya spotcake motor kedai mana2 boleh beli tak?sportcake dia sama mcm ktm duke 200? Masak lah
ReplyDeleteNak jika sporcake habis manjang nak turun shah alam sc. Saya area melaka.
salam bro, hal spoket, tak pasti berapa harga.. tapi ktm memang mahal.. lebih 200 satu set.. selalu mati, saya pernah kena pada hari pertama saja sebb belum biasa kan diri dgn jenis engine n5. bunyi memang kasar.. mcm dacati. pasal leaking.. saya punya leak pada bahagian intake kat blok.. ada sedikit kebasahan di situ.. tapi akan saya repair under waranty minggu untuk service pertama.. part layan korner, memang terbaik. bahagian coolant tak ada masalah.. pump un tak ada masalah lagi.. gearing pun ok. ada yg kata engine lembab atau ada bunyi bising lepas redah hujan atau lepas cuci, saya tak pernah alami lagi. absorber depan saya keras sikit, nanti akan service minyak absorber sekali.. all n all, saya berpuas hati.
ReplyDeleteTerbaik bro,terima kasih atas maklum balas ada...saya juga akan ambil n5 tapi selepas raya nak tggu market dia jatuh sikit lagi sebab n5r kan dah nak keluar,plan nak ambil cash.
DeleteSalam..bro2 semua tumpang..simbol F1 tu tuk apa..sbb kl naik simbul moto mesti mati
ReplyDeleteFI tu fuel injection indicator.kalau moto enjin hidup lampu tu akan padam.
ReplyDeletemotor akan kuar minggu depan.. kalau nak servis kat mana yer kalai masih bawah under warranty ni
ReplyDeleteServis sepatutnya boleh dibuat di kedai yg jual motor tu. Kalau dekat2 dgn Shah alam, boleh pergi ke Naza SC section 15.
Deleteapa fb group n5 ni
ReplyDeletesaya punya bike baru kluar june 2016.. tapi malang nya kedai bagi saya old stock, tahun 2014.. semalam dah hantar ke SC untuk ganti tangki minyak bocor dan seal absorber depan pun bocor.. kalau yg dapat model 2015 dan 2016 beruntung.. sedih
ReplyDeleteKedudukan tangki tu seperti menegak,hampir sama degan tzm,rider lelaki x rasa sakit apa2 ke masa bwk..kwn hri tu bwk eksiden ,pecah telur member...
ReplyDeleteloan baru approve. tak sabar nak update kat sni
ReplyDeleteloan baru approved. harga otr 10.2k. hutang 9k je
ReplyDeleteSaya beli N5 genap setahun, dan Blade Gtr 250, dah 2 thn, Masaalah Blade cuma bila enjin terlalu panas, die semput dan senang mati enjin terutama dilampu isyarat. tetapi N5 minggu pertama kene tukar tangki minyak sbb bocor, kemudian tak sampai 6 bulan, absorber belakang bocor minyak lebih merumitkan apabila Naza service centre penang tutup. kemudian masaalah baterry connector, mudah patah, dan yg akhir sekali sebelum saya parking......Starter berfungsi tetapi enjin tak mau hidup. call Naza service centre shah alam, dia org rekomenkan saya pergi ke Hot Bike jelutong, tetapi tauke kedai tersebut tak mau repair motor Naza, jadi saya parking je dah 2 minggu, sekarang ride Blade je
ReplyDeleteminta pendapat taiko semua tentang naza N5R yg baru ni..
ReplyDeleteNak di pendekkan cerita . Lebih baik amik kawasaki zx3 atau z250 . Sy dah pakai motor ni tahun lepas bulan 2. Bulan 6 hantar kedai ptong . Botak kepala pikir pasal motor ni bro . Aku bukan kata pasal duit , memang mampu . Tapi nak hantar repair sampai 6-7 kali sebulan . Mmg takda masa . Masalah motor ni yg kerap berlaku : 1 Oil seal leaking , 2 battery kong / connector senang patah . 3 short 1 body / crank starter . 4 leaking fork , 5 tank petrol leaking . 6. Rectifier senang out .
DeleteAku bukan nak buruk2 kan naza. Tpi aku dah lalui . Balik kerja dari PJ ke klang . Dekat highway battery kong dalam masa yg sama petrol leaking . Bro rasa ? . Memang tak cakap bnyk . Esok hantar kedai potong . Sekarang pakai z800 . Alhamdulillah dari bulan 12 thn pakai kawasaki ni . Mmg takde masalah . Puas hati as fuck .
Untungnya pakai z800.. Saya pakai n5 3 bulan saja. Sepanjang 3 bln tu, byk masalah, tangki tukar 3 kali, fork leak.. Tu saja masalah.. Hujung bln ke 3,kedengaran bunyi kasar Dr engine, salesman kata, normal sbb engine single piston.. Kena kencing. Tapi kita da naik motor sejak 1992.. Hantar ke kedai, kedai confirm kan main bearing engine sudah berkarat.. Kerana itu adalah stok lama. Clutch and throttle keras selepas kena hujan. Top speed cuma 155kmh. The only thing I like about n5 is rear absorber.. Kedai tu sudi beli n5 saya yg rosak selepas 3 bln dgn 6k saja. 2k dp, 4k cash saya ambil. 2kdp pakai beli blade sbb bunyi sedap.. Sekali bawa memang berbaloi, top 185kmh.. Bawa blade sejak September 2016 sehingga sekarang, tak ada masalah.. Masalah cuma tak dpt slow sbb racing position. Berhajat ambik Tnt600 atau xj6 atau z800 kalau duit cukup. Sekian karangan saya
ReplyDeleteN5R x tau lah. Saya pakai n5. Start pakai bulan jan 2016. Milleage sekarang cecah 30k++. Berulang alik keje kl - rawang speed maintain 120km+-. So far x dak masalah melainkan meter minyak kadang2 gila sikit.minyak jimat. Pick up atas highway bagus. Ride santai memang syok. Yang penting jangan lenjan macam bawak 1000cc.
ReplyDeleteYah same..meter minyak ade gila sikit..padahal ade 3 bar lagi..tengah gerak..berkelip2 sekejap..pastu 3 bar balik..😂
DeleteSy beli bulan 10.2017. So far xde mslh... Pg keje & balik keje speed 120km/h - 130km/h. Smpai skrg xde mslh. Paling penting mnyk hitam, minyak rantai, radiator kna jga. Milage skrg 20k++.
ReplyDeletemoto ni boleh cecah 160km+,dh try haritu
ReplyDelete