Panduan Elak Eksiden No. 1 - Berhenti Tepi Jalan


- Credit To Owner -


Banyak situasi yang memerlukan penunggang dan pembonceng motosikal berteduh atau berhenti di tepi jalan atau di bawah jejambat/flyover.  Antaranya:

  1. Hujan - nak pakai baju hujan, simpan handphone, wallet, dll.
  2. Rosak - pancit tayar, enjin, dll
  3. Berehat


1)  Mana Nak Berhenti?

Sebagai panduan keselamatan, sekiranya penunggang terpaksa berhenti di tempat yang TIDAK disediakan parking, sebolehnya perlu BERADA di sebelah LUAR railings (tanda X) daripada jalan dan TINGGALKAN motor di sebelah DALAM (tanda Y) railings.

Jangan lupa untuk beri signal ke kiri dari jarak yang sesuai (tak kurang daripada 100m) dan tengok cermin kiri juga bagi mengelakkan rempuhan dari belakang jika orang di belakang kita tak sedar atau terleka.

2) Kalau Parking Penuh Camane Bro?

Jangan parking sampai berlapis-lapis sehingga masuk lorang paling kiri jalan. Sebolehnya parkinglah jauh sedikit daripada jejambat walaupun motor kita berhujan. Jangan kisahkan motosikal sebab bila dia basah pun tak ada apa-apa efek jika kes hujan. Dia tak mintak selimut pun.

3)  Dah Parking, Nak Buat Apa Lagi?

Selepas parking, terus masuk cepat-cepat ke sebelah luar railings (tanda X) dan sebolehnya sentiasa perhatikan trafik yang mendatang dari sebelah belakang kita.Ini penting kerana kita masih boleh bertindak jikalau sesuatu berlaku dan menghala ke arah kita.

4)  Aku Nak Gerak Dah,  Next nak buat apa pulak?

Bila nak gerak pastikan beri signal kanan, tengok dulu cermin kanan, toleh belakang untuk pastikan tiada kenderaan lain. Kekadang apabila hujan lebat kenderaan di belakang kita tak nampak dengan apa yang ada dibawah jejambat disebabkan faktor pencahayaan. Jadi peluang nak hit agak tinggi.  


Next Tips No. 2 - Membaca Persekitaran Trafik


Comments

Popular Posts