Sedetik Lafaz Mu, Seribu Tahun Cintaku


“Abang, hati-hati drive okay.”

“Sure, don’t worry Yunie. Takkan abang nak bahayakan diri abang pula kan. Nanti orang lain pula yang dapat sayang abang ni.”

Yunie faham sangat perangai buah hati kesayangannya bila memandu.  Laju. Tapi bertempat.  Dari Kota Bharu ke KL cuma empat ke lima jam saja.

“Okay abang. Yunie tunggu tau.  Abang jumpa parents abang  kat rumah kakak Yunie ye. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam sayang.”

Yunie bergegas mendapatkan ibunya untuk memberitahu dimana kekasihnya kini berada.  Ibu Yunie tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Teringat dia ketika kekasih Yunie berkunjung ke rumahnya pada raya lepas.  Lelaki itu sopan, segak dan baris kata yang dituturkan benar-benar ikhlas dan memikat orang tua. Pertemuan hampir sejam itu mengingatkan dirinya kepada arwah suaminya.

Betullah kata orang bahawa seseorang gadis akan memilih suaminya hampir sama dengan ayahnya. Kali ini Yunie telah memilih setepat-tepatnya berbanding Kamal.  Amat berlainan dengan lelaki ini.  Yunie pernah berterus-terang kepada ibunya bahawa cinta Kamal hanya bertuhankan nafsu.

Dan pada tengahari itu juga, termeterilah satu ikatan suci kepada perhubungan yang tidak pernah disulami dengan setitik noda. Yang akan diingati oleh setiap insan yang berpasangan hingga ke akhir hayat mereka.

Air mata kasih menjadi teman saksi Yunie di atas restu dan izin Allah terhadap cinta mereka.  Lain sekali perasaan ini. Sangat indah tanpa ada kata-kata yang mampu menzahirkannya. Sangat bersyukur semestinya. Yunie mahu perasaan ini kekal selamanya.

“Yunie! Apa yang kau mengelamun tu? Letak tangan kat bahu laki kau tu.” Arah jurugambar kepada Yunie untuk photoshot mereka.

“Iye…sorry.”  Tersipu-sipu pula Yunie dibuatnya.

“You okay ke sayang? Risau hal malam nanti ye?” Usik suami Yunie sambil tersenyum.

“Abang..!!” Sambil Yunie mencubit pinggang suaminya.

Aduhhh…” Menjerit juga lelaki itu bila jari manja Yunie menghukumnya lembut.

“Eh korang ni..tak sabor-sabor ye.” Celah jurugambar itu tersengih dan pengatin baru itu pun ketawa.

Malam itu tiba dengan pantas dan itulah kali pertama mereka mengerjakan solat berjemaah Magrib dan Isya bersama-sama.  Yunie mendengar doa yang dibacakan oleh suaminya.  Indah sekali kedengarannya.  Mendalam sekali permintaan doa itu kepada Pencipta. Maksud keluarga dalam doa yang dibaca Yunie sebelum ini, kini memberi makna kepada keluarga kepunyaannya sendiri.

Fikirannya mula melayang kepada saat mereka bersua yang tidak pernah dirancang itu.  Yunie baru pulang dari kerjanya dan motosikal ditunggangnya melalui satu jalan yang berpasir di Federal Highway. Dia terjatuh. Lengannya luka melecet. Sakitnya bukan kepalang.

Dia masih ingat apabila lelaki itu yang pertama mendekatinya dan memohon izin untuk memegang lengannya.

“Are you okay?”

Yunie terpaku. Walau dalam kesakitan, nafasnya membeku. Degup jantungnya kaku. Perasaan aneh itu mula dirasai kembali. 

“Boleh saya pegang lengan awak?” Tanya lelaki itu lagi.

“….Ya…boleh…aduhhh.” rintih Yunie.

Dan tangan lelaki itulah juga yang mengesat darah mengalir di lengannya dan membalut lukanya. Lelaki itu juga yang menguruskan dirinya hingga ke hospital serta menunggu ibu Yunie datang menjemput. Kisah seterusnya sejak itu hanyalah berbait kepada bebunganya perasaan di antara seorang Adam dan Hawa.

Jikalau tidak kerana kemalangan itu, tentu Yunie tidak dapat bertemunya. Tentu perasaan yang dikambusnya setelah berpisah dengan Kamal tidak mampu dirasainya lagi.  Kerja Allah. Itu sahaja dibenaknya kini.

“Amin…” sebut suaminya mengakhiri doa yang dibaca.

Yunie tersedar dan menyahut. Agak lambat.  Suaminya menyedari.  Yunie menghuluran tangan mencium tangan suaminya.

“Kenapa sayang..?”

“Something bothering you..?”

Tanya suaminya mencari kepastian.

 

“Takde apa-apa abang…” jawab Yunie ringkas.

“Mari duduk sebelah abang” mohon suaminya.

Yunie mengesot ke sisi suaminya.  Tidak biasa. Tubuh kecil gadis yang bergelar isteri itu pula ditarik rapat ke pelukan suaminya.

 

“Yunie…abang akan menyintai dan menyayangi Yunie dengan setiap nafas abang…jadi milik abang selama-lamanya ya sayang…”

Tubuh manja itu didakap  lebih erat. Dilihatnya ke dalam mata Yunie sehingga tembus ke jiwa gadis itu.

“Ya abang…….. Yunie dah jadi milik abang..Yunie akan tetap jadi milik abang selama-lamanya..” janji Yunie kepada lelaki itu.

Yunie ingin menutup bicara, tetapi lidahnya meneruskan lafaz berikut,

”Abang….”

“Ya..sayang..” makin ditatap wajah Yunie isterinya.

“Abang…abang dah lafazkan hanya sedetik untuk miliki Yunie, tapi Yunie ada seribu tahun lagi untuk menyintai abang…”

Perlahan sekali Yunie menyatakannya.  Air mata Yunie mula bergenang. Dia pasti lelaki ini yang akan membahagiakan dirinya.  Lelaki yang akan menjadi ayah kepada zuriatnya.  Lelaki yang akan menjadi pelindungnya. Lelaki yang akan menjadi segala-galanya bagi dirinya.

“Abang tahu sayang…abang tahu… .” Berkaca juga mata lelaki itu.

Dan kedua-dua insan kepunyaan Allah itu berpelukkan rapat. Mensyukuri nikmat diberikan dan menghormati lafaz yang diucapkan.

 

Kini 6 bulan telah berlalu dan terlalu banyak saat manis yang dinikmati pasangan itu.  Yunie merasakan seperti baru semalam melaluinya.

“Elok aku cepat hantar gambar ini kepada abang.” Namun sebelum dia sempat menekan butang enter di keyboardnya. Dia terdengar sesuatu.

 Pintu rumah yang selalu melindungi wajah orang yang dicintainya didengari seperti diketuk. Benar. Ketukan disertai salaman.

“Siapa pula malam-malam begini?”  Yunie segera mendekati pintu itu.  Dibukanya dan didepannya kini berdiri seorang pegawai tentera dan dua pegawai iring.

“Puan Yunie binti Hamzah?”

“Ya, saya Encik. Ada apa malam-malam begini?”

“Maafkan saya puan,….” dan pegawai itu meneruskan tugasnya memaklumkan berita yang dia sendiri tidak gemar melakukannya.

Hati Yunie bergetar. Jiwa dan raganya luruh.  Dunia bagaikan terhenti. 

“Innalillah wainnaila hirajioun…..abang…..”

Air mata Yunie berderai halus. Fikirannya kosong. Ibunya berlari mendapatkan anaknya dan malam itu merupakan malam yang tidak mahu dilalui oleh seorang ibu dan seorang isteri.  Apa yang lebih perit adalah hari-hari berikutnya buat Yunie.

 

“Yunie, siram nak…” ujar ibu Yunie disebelah pusara anak lelaki kesayangannya.  Anak lelaki yang gugur mempertahankan kedaulatan negaranya yang tercinta.

“…… .” Yunie tidak menjawab. Hanya mengangguk.

Orang disekeliling Yunie bagaikan angin pada dirinya.  Tanah yang menutupi suaminya digengamnya lemah.  Dibenaknya teringat pada janji pada malam pertama mereka dan terucaplah kata-kata ini dihatinya.

“Abang…Yunie abang pernah miliki dengan sedetik…tapi Yunie akan tetap beri cinta Yunie pada abang seribu tahun lagi sehingga ke jannah demi anak kita ini…”

Yang pasti, cinta Yunie kepada suaminya kan bertambah utuh… .

 

Comments

Popular Posts